Menteri Kebudayaan Perancis dijangkiti Covid-19

Iklan
Franck Riester disahkan dijangkiti Covid-19 namun berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto Reuters

PARIS - Menteri Kebudayaan Perancis, Franck Riester disahkan dijangkiti koronavirus (Covid-19) namun berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani kuarantin di rumah, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri itu pada minggu lalu menghadiri beberapa sesi perbahasan di Dewan Negara, memetik televisyen BFM.

Iklan
Iklan

Terdapat 1,412 kes di Perancis dengan 25 kematian setakat jam 3 petang (1400 GMT) Isnin, menurut Kementerian Kesihatan. - Bernama