Lampam sungai antara yang sudah 'hilang' di sungai
Iklan
Mohd Ilham menunjukkan saiz ikan bandaraya yang pernah ditangkapnya.
SHAH ALAM - Lampam sungai antara spesies asli yang diambang kepupusan dan terjejas akibat ikan asing invasif.
Penyelidik Pelawat eNCORe Universiti Tun Hussein Onn dan Saintis Masyarakat, Mohd Ilham Norhakim Lokman selain itu berkata, ikan pelaga Muar atau Betta Persephone juga kini terancam apabila habitat semula jadinya yang terakhir di dunia telah diceroboh udang kara air tawar.