Khairuddin masuk 'gear' mulakan tugas

Iklan
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi terus 'masuk gear' memulakan tugasnya hari ini.

Dalam entri di Facebooknya, beliau berkata, satu taklimat bersama pegawai tertinggi kementerian akan diadakan selepas istiadat angkat sumpah jam 3 petang ini.

Iklan
Iklan

"Hari ini majlis angkat sumpah, seterusnya jam 6 petang saya akan ke pejabat untuk mendengar taklimat awal daripada pegawai-pegawai tinggi," katanya.

Khairuddin dalam pada itu turut memohon titipan doa daripada seluruh rakyat.

Iklan

"Bermula tugasan Insya-ALLAH. Mohon doa semua," katanya.

Khairuddin dibantu oleh dua Timbalannya iaitu Datuk Sri Dr Wee Jeck Seng dan Willie anak Mongin.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pas sandang tiga jawatan menteri