Pearly-Thinaah tekad bangkit di Jakarta

Iklan
Pearly-Thinaah mahu melupakan kekecewaan di Terbuka Singapura dan fokus menghadapi Terbuka Indonesia bermula esok.

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mahu mengalih fokus kepada Terbuka Indonesia selepas tersekat dalam aksi suku akhir Terbuka Singapura, Jumaat lalu.

Malah, pasangan nombor empat dunia itu enggan terlalu kecewa, sebaliknya bersedia untuk menampilkan aksi lebih baik menjelang saingan di Jakarta yang bermula esok.

Iklan
Iklan

Thinaah berkata, mereka sudah memberikan segala-galanya, namun tumpuan selepas ini ialah kepada kejohanan Super 1000 tersebut.

"Kami sudah memberikan yang terbaik dan saling membantu antara satu sama lain. Selepas ini, kami hanya mahu fokus kepada apa yang ada di hadapan dan melakukan persiapan sebaik mungkin.

Iklan

"Sedih dan kecewa kerana tewas, terutamanya apabila kami gagal menggunakan peluang sebaiknya pada set kedua ketika berjaya mengejar mereka,” katanya.

Dalam aksi suku akhir Jumaat lalu, Pearly-Thinaah terus kempunan untuk menamatkan badi kekalahan kepada pasangan China, Jian Yi Fan-Zhang Shu Xian apabila tewas 21-14, 22-24, 14-21.

Iklan

Menjelang pusingan pertama Terbuka Indonesia, bekas juara Terbuka Perancis dan Hong Kong itu dijadualkan bertemu beregu nombor 44 dunia dari Taiwan, Teng Chun Hsun-Yang Chu Yun.

"Saya gembira kerana Pearly sentiasa ada walaupun ketika kami berdepan tempoh sukar. Dia sentiasa memberikan sokongan dan mengingatkan saya bahawa kami perlu kekal fokus dengan apa yang dilakukan,” ujar Thinaah.