Kendali tiga sektor serentak bukan tugas mudah
Iklan
Syed Zainal Abidin.
DALAM dunia perniagaan yang kompleks, seorang pemimpin tertinggi organisasi sekalipun perlu bersedia untuk belajar dan bertanya kepada yang pakar demi memastikan kelangsungan syarikat.
Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Dagang NeXchange Berhad (DNeX), Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, gelaran ketua bukan tiket untuk mendabik dada, sebaliknya satu amanah yang perlu dilunaskan sebaik mungkin.