Dua pendaki alami dehidrasi diselamatkan di Taman Rimba Teluk Bahang

Iklan
Pasukan penyelamat menemui kedua-dua pendaki yang berada dalam keadaan keletihan sebelum di bawa turun pada jam 10.51 malam. Foto Bomba Pulau Pinang

BALIK PULAU - Dua pendaki yang mengalami dehidrasi dan keletihan ketika mendaki di Taman Rimba Teluk Bahang, di sini berjaya diselamatkan pasukan bomba malam ini.

Mangsa, seorang lelaki berusia 40 tahun dan wanita berumur 34 tahun, dilaporkan menghubungi pihak bomba pada pukul 6.40 petang memaklumkan mereka berada dalam keadaan lemah.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang segera digerakkan ke lokasi.

"Mangsa berkongsi lokasi mereka di Stesen 10, Taman Rimba Teluk Bahang menerusi aplikasi WhatsApp.

Iklan

"Pasukan penyelamat mendaki ke lokasi dan menemui kedua-duanya dalam keadaan keletihan sebelum membawa mereka turun dengan selamat pada jam 10.51 malam,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.

Iklan

Operasi menyelamat melibatkan lima anggota bomba. - Bernama