MAKKAH - King Abdullah Medical City (KAMC) di Makkah yang merupakan sebahagian penting daripada Kluster Kesihatan Makkah telah melancarkan perkhidmatan pemantauan kesihatan jarak jauh menggunakan jam tangan pintar bagi menyokong jemaah haji, khususnya mereka yang menerima rawatan menerusi Seha Virtual Hospital.
Langkah itu sekali gus meningkatkan penjagaan kesihatan digital dan memastikan pemantauan berterusan terhadap tahap kesihatan jemaah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).