Rafizi beri amaran kesan tindakan Tengku Zafrul lompat parti
Iklan
Tengku Zafrul dan Rafizi Ramli
AMPANG – Tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR boleh mencetuskan gelombang politik yang sukar dikawal oleh Kerajaan Perpaduan.
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, Kerajaan Perpaduan dibentuk hasil perjanjian rasmi, namun ia tidak memperincikan sama ada parti-parti boleh menerima keahlian antara satu sama lain.
Iklan
Iklan
"Semasa Kerajaan Perpaduan dibentuk, kita sebenarnya dikemudi oleh satu perjanjian Kerajaan Perpaduan. Saya yang draf dan saya ingat tidak ada dalam perjanjian itu nyatakan sama ada ia dibenarkan atau tidak.
"Ia satu perkara yang samar-samar sebenarnya. Tetapi saya percaya kebimbangan UMNO berpunca daripada usaha untuk kekalkan keharmonian dalam kalangan parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya memetik laporan The Star pada Ahad.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Karnival Belia Madani 2.0 Parlimen Pandan, di Ampang.
Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan bahawa UMNO memandang serius niat peletakan jawatan yang dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu menerusi hantaran di Facebook, Jumaat lalu.
Iklan
Jelasnya, amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya.
Rafizi menambah, fenomena lompat parti adalah perkara yang sepatutnya dielakkan kerana ia boleh membuka ruang kepada kesan tidak dijangka, sekali gus mencetuskan duluan yang sukar dikawal.
Ketika diminta mengulas sama ada wujud rancangan jangka panjang untuk Tengku Zafrul selepas penyertaannya ke dalam PKR, Rafizi berkata, perkara itu tiada kaitan dengannya dan perlu dijawab sendiri oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
"Jika tanya tentang perancangan PKR, tanya kepimpinan baharu PKR. Keputusan saya tiada kaitan dengan Tengku Zafrul atau dengan PKR, UMNO atau Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.