RIYADH - Arab Saudi dan Qatar mengumumkan pemberian bantuan kewangan bersama kepada kakitangan sektor awam Syria dan akan disalurkan dalam tempoh tiga bulan.
Menurut Agensi Akhbar Saudi (SPA), inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kedua-dua negara untuk menyokong pemulihan ekonomi Syria, susulan sumbangan terdahulu berjumlah kira-kira AS$15 juta bagi menyelesaikan tunggakan Syria kepada Kumpulan Bank Dunia.