Ketegasan Amorim manfaat jangka panjang buat Manchester United

Iklan
De Ligt puji ketegasan Amorim. FOTO: AGENSI

TONGGAK pertahanan Manchester United, Matthijs de Ligt memuji pendekatan tegas pengendali Ruben Amorim yang dianggapnya sebagai langkah berani dan bermanfaat untuk jangka masa panjang kelab tersebut.

Biarpun bekas pengendali Sporting Lisbon itu masih bergelut mencari kemenangan sejak mengambil alih jawatan pada November lalu, beliau mencuri tumpuan dengan beberapa kenyataan lantang yang mencerminkan ketelusannya mengenai prestasi kelab.

Iklan
Iklan

Selepas kekalahan 1-3 di Old Trafford kepada Brighton pada Januari, Amorim menyifatkan pasukannya sebagai mungkin yang terburuk dalam sejarah Manchester United.

Ketika ditemui media selepas kekalahan dalam perlawanan akhir Liga Europa kepada Tottenham Hotspur, Amorim menyatakan kesediaannya untuk berundur tanpa menuntut pampasan sekiranya pihak pengurusan atau penyokong merasakan itu langkah terbaik untuk kelab.

Iklan

Dalam siri jelajah pasca-musim ke Asia baru-baru ini, Amorim sekali lagi mencetus kontroversi apabila menyifatkan pemain-pemainnya sebagai pengecut selepas kekalahan mengejut kepada pasukan gabungan Asia Tenggara.

Namun begitu, De Ligt yang pernah mengetuai Ajax mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara pada 2019 melihat kenyataan Amorim dari sudut yang lebih positif, terutamanya dengan latar belakang budaya terus terang Belanda yang dikongsi bersama Amorim.

Iklan

"Tetapi saya rasa kita patut berasa lega kerana akhirnya ada seseorang yang bersuara, menyatakan apa yang difikirkannya dan bercakap secara jujur.

"Saya amat menghargai perbualan peribadi saya dengannya. Ia memberikan saya keyakinan bahawa saya boleh mempercayainya dan begitu juga sebaliknya,” kata De Ligt.

Sebagai rekod, United kini sedang melalui musim domestik terburuk sejak kempen 1973/74, dan kekalahan kepada Tottenham dalam final Eropah menutup peluang untuk menyertai Liga Juara-Juara musim depan.

Ketidakhadiran dalam kejohanan Eropah musim akan datang, hanya kali kedua sejak kelab-kelab Inggeris dibenarkan kembali ke pertandingan UEFA pada 1990, turut membawa implikasi kewangan yang besar.

Dengan hanya tujuh kemenangan Liga Perdana sejak menyertai kelab pada November, Amorim akan memulakan kempen baharu di bawah tekanan tinggi.

Namun, De Ligt yakin kerja-kerja yang sedang dijalankan Amorim di sekitar skuad utama akan membuahkan hasil dalam tempoh terdekat.

"Saya pernah bekerja dengan ramai pengurus, dan beliau antara yang paling mudah didekati oleh pemain.

"Beliau sangat teliti terhadap perkara kecil. Sebelum menandatangani pemain baharu, beliau terlebih dahulu melihat kepada budaya kelab, apa yang perlu diubah dan apa yang boleh diperbaiki untuk menjadi kelab bola sepak yang lebih baik. Saya percaya, musim depan kita akan mula melihat hasilnya.

"Beliau mahu membina sebuah pasukan yang bersatu, saling berjuang dan memanfaatkan sepenuhnya keupayaan yang ada. Mungkin sebelum ini, kita memiliki pemain-pemain terbaik, tetapi kita bukanlah satu pasukan,” katanya.