Realisme politik untuk UMNO
Iklan
Tengku Zafrul
PENGUMUMAN Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, Jumaat lalu bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ura-ura mengenainya telah berlegar di koridor elit politik sejak dua tahun lalu — seawal pilihan raya negeri (PRN) Selangor.
Ia kemudian muncul semula pada Disember 2024 apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tiba-tiba memberitahu umum ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul ke dalam PKR. Pada Mac pula, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah menasihati Tengku Zafrul agar tidak tergesa-gesa membuat keputusan untuk menyertai PKR.