Jawatan atau prinsip dulu?
Iklan
Gambar hiasan
DALAM sejarah politik negara, tindakan meletak jawatan secara sukarela jarang berlaku, apatah lagi dalam sistem politik yang mewarisi budaya kuasa berpanjangan dan keengganan untuk mengakui kelemahan.
Justeru, dalam konteks hari ini, apabila terdapat ahli politik secara terbuka melepaskan jawatan atas asas prinsip atau kegagalan dalam melaksanakan amanah, ia wajar ditafsirkan bukan sekadar sebagai tindakan individu, malah petunjuk terhadap beberapa kegagalan struktur lebih besar.