'Kuda liar atau kuda troya?'
Iklan
Dalam politik setiap peletakan jawatan bukan sekadar tindakan tetapi menghantar mesej atau lebih buruk lagi memberi amaran
KORIDOR kuasa Putrajaya terpaku dalam hentakan Rabu lalu apabila Datuk Seri Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi susulan gagal mengekalkan kedudukan sebagai Timbalan Presiden PKR.
Tidak sampai beberapa jam kemudian, gegaran kedua berlaku apabila Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad turut melakukan perkara sama.