Kerangka Konsensus Nasional Baru
Iklan
Masyarakat kita yang pelbagai kaum adalah aset paling dibanggakan.
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan Perikatan Nasional (PN) mempunyai pelan masa depan yang lebih baik untuk Malaysia. Matlamatnya jelas iaitu membaiki apa-apa yang rosak terutamanya ekonomi dan politik. Untuk ekonomi, beliau mencadangkan Pembaikan Struktural, manakala untuk politik ialah Konsensus Nasional Baru.
Ini dibentangkan dalam syarahannya di ISEAS Yusof Ishak Institute, Singapura pada 22 Mei lalu.