Lorong khas kenderaan berat perlu disegerakan – Pakar
Iklan
JPJ memaklumkan, kadar kesalahan membabitkan kenderaan berat memandu secara berterusan di lorong paling kanan di tahap membimbangkan.
KUALA LUMPUR - Lonjakan jumlah kenderaan berat di lebuh raya utama negara mendorong keperluan mendesak untuk kerajaan mewujudkan lorong khas bagi mengurangkan risiko kemalangan maut.
Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM),Profesor Dr Law Teik Hua berkata, pertambahan pesat bilangan lori dan treler menyebabkan lebuh raya seperti Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dan Lebuhraya Pantai Timur (E8) secara keseluruhan semakin sesak dan berbahaya untuk pengguna kenderaan ringan.