Saranan elak persepsi buruk
Iklan
Menurut penganalisis politik, selain Nurul Izzah, rombakan Kabinet juga tidak mustahil akan melibatkan Amirudin (kiri).
SHAH ALAM - Pengumuman Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan menteri yang disandang susulan gagal mempertahankan jawatan dalam pemilihan PKR baru-baru ini sememangnya dijangka banyak pihak.
Ini kerana, Rafizi sendiri menyatakan kesediaan untuk berbuat demikian sekiranya beliau tewas dalam pertembungan perebutan jawatan nombor dua parti itu dengan Nurul Izzah Anwar yang juga anak kepada Presiden parti.