KOTA KINABALU - Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam Khamis bagi menghadiri pertemuan bersama pimpinan PH Sabah.
Beliau tiba sekitar jam 9.40 malam di sebuah hotel di sini dan dipercayai mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri Pengerusi PH Sabah merangkap Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud; Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe; serta beberapa lagi pemimpin lain.