Pelantikan bukan satu keistimewaan tapi amanah: Hishammuddin

Iklan
Hishamuddin

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan pelantikan beliau sebagai Menteri Luar Negeri bukan satu keistimewaan, sebaliknya ia merupakan amanah.

Menurutnya, kepentingan negara menjadi keutamaan baginya selepas ini.

Iklan
Iklan

"Saya hargai kepercayaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melantik saya sebagai Menteri Luar Negeri.

"Insya-ALLAH kepentingan negara akan terus saya utamakan," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya sebentar tadi.

Iklan

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga bekas Menteri Pertahanan berkata, beliau bertekad untuk melaksanakan tugas dengan sebaiknya.

"Saya mohon rakyat beri peluang dan doakan semoga segala urusan dipermudahkan.

Iklan

"Ameen Ya Rabbal Alamin," katanya.