ASEAN All-Stars mampu jaring lebih banyak gol lawan Manchester United – Aguero

Iklan
Aguero (kanan) ketika beraksi menentang United di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto SINAR HARIAN - MOHD HALIM ABDUL WAHID

ASEAN All-Stars sepatutnya mampu mencatat kemenangan dengan jaringan lebih besar ke atas Manchester United dalam aksi Piala Cabaran Maybank yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.

Penyerang ASEAN All-Stars yang juga merupakan pemain naturalisasi negara berkata, pasukan gabungan pemain Asia Tenggara itu mencipta banyak peluang terutama pada separuh masa pertama, namun gagal disudahkan dengan jaringan.

Iklan
Iklan

"Ya, kami sebenarnya boleh menang dengan lebih daripada satu gol. Pada separuh masa pertama, terutamanya dalam 30 minit pertama, kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol.

"Kami tidak bolos dan selepas itu kami sedikit bertahan. Tetapi selepas jaringan itu, suasana memang luar biasa,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Iklan

Dalam perlawanan tersebut, skuad ASEAN All-Stars berjaya mengejutkan gergasi Liga Perdana Inggeris itu apabila mencatat kemenangan 1-0 hasil jaringan pemain Myanmar, Mg Mg Lwin pada minit ke-71.

Mengulas lanjut, Aguero turut menyifatkan kemenangan ke atas kelab ternama dunia itu sebagai satu detik yang amat berharga dalam kariernya.

Iklan

"Tentu sekali ini satu pencapaian besar. Pasukan yang kami lawan adalah pasukan yang hebat. Setiap kawalan bola dan hantaran yang mereka lakukan memang luar biasa.

"Jadi ya, saya anggap ini sebagai satu detik bersejarah untuk diri saya juga,” katanya.