PM tidak kebal undang-undang, kata pakar
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai Anwar mahu rujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan.
SHAH ALAM - Prinsip imuniti atau kekebalan bersyarat hanya wujud dalam konteks institusi beraja dan terhad kepada pelaksanaan tugas rasmi Raja-Raja Melayu.
Pensyarah Undang-Undang dan Polisi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, berdasarkan kerangka undang-undang semasa, tiada sebarang elemen imuniti diberikan kepada Perdana Menteri, khususnya dalam hal berkaitan urusan di luar tugas rasmi.