'Gelaran nombor satu dunia milik rakyat Malaysia'

Iklan
Nur Izzuddin (kanan) dan Sze Fei ketika ini menggalas cabaran negara di Singapura. Foto Bernama

BEREGU nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merendah diri apabila menyifatkan gelaran tersebut sebagai milik rakyat Malaysia.

Malah, Sze Fei melihat kedudukan ranking terbaik dunia tersebut sebagai hadiah buat peminat dan negara.

Iklan
Iklan

"Kami sentiasa menikmati dan mempercayai proses ini. Saya berterima kasih kepada pasukan, penaja, dan kepada semua yang sentiasa berada di sisi kami. Saya rasa gelaran nombor satu dunia ini adalah milik seluruh rakyat Malaysia," ujar Sze Fei.

Mereka yang terkenal dengan julukan Fei-Din ketika ini menggalas cabaran negara dalam saingan Terbuka Singapura. Sebentar lagi, mereka akan menentang rakan senegara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King, dalam aksi pusingan kedua di Stadium Tertutup Singapura.

Iklan

Di sebalik gelaran tersebut, Nur Izzuddin enggan hilang fokus, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada misi memburu kemenangan.

"Fokus utama kami adalah untuk bermain sebaik mungkin. Kami tidak mahu memikirkan perkara-perkara lain di luar gelanggang semasa perlawanan. Kami hanya mahu menikmati permainan kami," ujar Nur Izzuddin.

Iklan

Dalam saingan pusingan pertama pada Rabu, mereka menewaskan pasangan Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 21-11, 21-17.