PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri belum memutuskan soal rombakan Kabinet susulan peletakan jawatan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Ini kerana kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua menteri berkenaan berada dalam tempoh bercuti.
Iklan
Iklan
"Belum (rombak Kabinet). Mereka masih cuti. Tidak boleh ganti apablla orang (Menteri) sedang bercuti," katanya ketika ditemui pemberita selepas perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kekosongan yang ditinggalkan Rafizi dan Nik Nazmi susulan kekalahan dalam pemilihan PKR baru-baru ini.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mengumumkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan dan kini bercuti sehingga 16 Jun.
Sementara Nik Nazmi juga yang bercuti sehingga 3 Julai ini.
Sejurus itu, Anwar meluluskan permohonan cuti oleh dua anggota Kabinetnya dan sebarang keputusan lanjut terkait perkara itu akan dimaklumkan kemudian.