Wanita selamat bersalin tepi jalan, dakwa gagal dapatkan ambulans

Iklan
Seorang wanita terpaksa melahirkan anak di tepi jalan selepas gagal mendapatkan ambulans. Foto hiasan

JALGAON - Seorang wanita berusia 24 tahun dari kawasan pedalaman di Jalgaon terpaksa melahirkan anak di tepi jalan, hanya kira-kira 1.5 kilometer dari Pusat Kesihatan Utama (PHC) di Kampung Vaijapur.

Sebelum itu, suaminya, Viswanath membawa Santabai menaiki motosikal menuju ke PHC selepas gagal mendapatkan ambulans.

Iklan
Iklan

Ketika mereka hampir tiba di PHC, kesakitan yang dialami Santabai semakin memuncak hingga memaksanya melahirkan anak di tepi jalan.

Sebuah video pendek yang tular menunjukkan pekerja Anganwadi dan seorang bidan membantu Santabai bersalin, sambil dua wanita lain memegang selimut untuk melindunginya.

Iklan

Dalam video berkenaan, Viswanath berkata, mereka telah menunggu lebih 30 minit namun tiada sesiapa datang membantu.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah, Ayush Prasad menjelaskan bahawa penduduk kampung segera memaklumkan kejadian kepada pegawai perubatan PHC yang kemudiannya menghantar ambulans untuk membawa ibu dan bayi ke pusat kesihatan.

Iklan

Bagaimanapun, pemimpin Kongres, Pratibha Shinde menafikan kenyataan itu dan mendakwa bahawa suami Santabai sendiri terpaksa membawa isterinya menaiki motosikal tanpa sebarang bantuan.

Shinde berkata, kejadian tersebut jelas menunjukkan kelemahan serius dalam sistem kesihatan daerah itu.

Kes ini telah dibangkitkan kepada pihak berkuasa dalam mesyuarat Nav Sanjeevani, iaitu program khas untuk kesihatan ibu dan anak di kawasan suku kaum.

Ayush Prasad memaklumkan bahawa satu siasatan penuh akan dijalankan bagi mengenal pasti semua aspek berhubung kejadian tersebut.