KJ macam lagu KRU Terhangat di Pasaran, mungkin diterima semula sertai UMNO - Penganalisis
Iklan
KJ ketika ditemu bual Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. FOTO SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.
SHAH ALAM - UMNO dilihat tidak menolak kemungkinan menerima semula bekas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyertai pucuk pimpinan parti berkenaan kerana figura itu masih mempunyai aura dan pengaruh kuat dalam kalangan rakyat.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Afifi Abdul Razak berkata, penyertaan semula Khairy pastinya sangat dialu-alukan terutama ketika UMNO ketandusan tokoh bertaraf ‘bintang’ yang mampu mengembalikan semangat perjuangan parti.