Kemungkinan Rafizi selepas ini
Iklan
Rafizi (tengah) selepas siaran podcast 'Yang Bakar Menteri: Yang Berhenti Menteri' ketika kempen pemilihan parti baru-baru ini.
KEPUTUSAN Datuk Seri Rafizi Ramli untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana bayangan perkara itu telah dibuat sejak awal lagi.
Beliau sebelum ini secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR, sebagai langkah menghormati mandat akar umbi.