Meratapi anak gajah
Iklan
Kisah ibu gajah menunggu anak yang mati dilanggar lori di JRTB menyentuh hati, tetapi lebih daripada itu, ia mencerminkan kesan rakusnya manusia merampas habitat haiwan liar untuk pembangunan
Kisah seekor ibu gajah yang setia menunggu anaknya yang mati akibat dilanggar lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli baru-baru ini memang menyentuh hati. Ramai yang berasa sayu. Saya juga.
Saya percaya kisah itu menyebabkan ramai yang tiba-tiba menghubungi ibu masing-masing untuk bertanya khabar. Barangkali ada ibu-ibu yang terperanjat dan menganggap anaknya buang tabiat. Mana tidaknya kalau tiba-tiba mendapat panggilan daripada si anak yang selama ini sentiasa kesuntukan masa untuk menghubunginya.