KJ belum terfikir sertai parti lain
Iklan
KJ ketika ditemu bual Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.
SHAH ALAM – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui bahawa beliau belum terfikir untuk menyertai mana-mana parti lain bagi menyambung semula kerjaya politiknya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Bagaimanapun, menurut bekas Ahli Parlimen Rembau itu, beliau tidak menafikan menerima banyak pelawaan daripada parti selain UMNO.