Penganjuran sulung ASEAN-GCC-China tepat
Iklan
KJ ketika ditemu bual Sinar Harian pada Selasa. FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.
SHAH ALAM - Tindakan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam menganjurkan sidang kemuncak trilateral ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang disasarkan dapat membuka potensi besar bagi peluang kerjasama pelbagai hala boleh dikatakan satu keputusan tepat.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia kerana Malaysia tidak sepatutnya terus-menerus bergantung harap kepada Amerika Syarikat (AS) disebabkan kepimpinan presidennya, Donald Trump.