Sultan Hassanal Bolkiah dalam keadaan sihat sejahtera - JPM Brunei

Iklan
Sultan Hassanal Bolkiah. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang kini berada di Institut Jantung Negara (IJN) dilaporkan dalam keadaan sihat sejahtera.

Jabatan Perdana Menteri Brunei memaklumkan perkara itu menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Jabatan Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dalam keadaan sihat sejahtera.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia sedang berada di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan.

Iklan

"Baginda telah berasa letih dan atas nasihat pakar kesihatan tuan rumah, untuk berehat beberapa hari di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Sultan Hassanal Bolkiah kini berada di IJN.

Iklan

Anwar berkata, baginda dilaporkan berasa letih dan memilih untuk berehat di IJN. - Bernama