Polis mohon bantuan orang ramai kesan Angel

Iklan
Polis menerima laporan mengenai kehilangan Angel Ho Kha Suen pada jam 8.36 malam, 19 Mei lepas.

KUALA LUMPUR - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Petaling Jaya sejak 15 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Angel Ho Kha Suen pada jam 8.36 malam, 19 Mei lepas.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, remaja itu berkulit cerah, berketinggian 160 sentimeter dan berambut lurus berwarna coklat sehingga paras pinggang.

"Remaja itu kali terakhir dilihat di Jalan 21/33 Seapark, Petaling Jaya pada 2 petang, 15 Mei lepas,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan
Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.