Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 7 Jun
Iklan
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Sabtu, 7 Jun 2025, bersamaan 10 Zulhijah 1446 Hijrah.
KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Sabtu, 7 Jun 2025, bersamaan 10 Zulhijah 1446 Hijrah.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman, pada Selasa.
Iklan
Iklan
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya, bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, dengan ini mengisytiharkan bahawa 10 Zulhijah 1446 Hijrah ialah pada hari Sabtu, 7 Jun 2025.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu, 7 Jun 2025 Masihi. Sekian,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.
Pengisytiharan itu dibuat selepas sesi pencerapan anak bulan Zulhijah dijalankan di 29 lokasi seluruh negara pada petang Selasa, 27 Mei 2025.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>