CEO Batu bebas jaminan polis

Iklan
Siti Kamsiah

GOMBAK – Seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai 'CEO Batu' yang disiasat berhubung kes hantaran mesej berbaur lucah terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya tamat pada Selasa.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

Iklan
Iklan

"Kes masih dalam siasatan dan lelaki berusia 22 tahun itu telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Pada 22 Mei lalu, polis menahan reman pempengaruh terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Iklan

Suspek direman selama empat hari sehingga Isnin sebelum tempoh reman dilanjutkan sehari lagi.

Terdahulu, pihak polis mendedahkan bahawa perbuatan suspek dipercayai bermula sejak awal Mei lalu terhadap mangsa yang merupakan seorang remaja perempuan.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.