10 cedera dalam letupan di Tokyo dikaitkan dengan kebocoran gas

Iklan
Satu letupan mencetuskan kebakaran di sebuah tapak pembinaan di Tokyo pada Selasa.

TOKYO - Seramai 10 orang cedera ringan selepas satu letupan mencetuskan kebakaran di sebuah tapak pembinaan di Tokyo pada Selasa, lapor agensi berita Kyodo yang memetik polis.

Pihak berkuasa mengesyaki letupan itu mungkin berpunca daripada kebocoran gas akibat paip yang rosak semasa kerja asas tapak pembinaan.

Iklan
Iklan

Mangsa yang cedera termasuk pekerja pembinaan dan penduduk berhampiran. Mereka berumur 20-an hingga 70-an, menurut pihak polis.

Beberapa mangsa mengadu mengalami sakit tekak akibat terhidu asap.

Iklan

Panggilan kecemasan dibuat kira-kira jam 9.35 pagi yang melaporkan bunyi letupan di kawasan berkenaan.

Letupan turut merosakkan tingkap dan bidai bangunan berhampiran.

Iklan

Seorang wanita berusia 50-an yang tinggal berdekatan berkata beliau terdengar bunyi seperti guruh sebelum melihat asap hitam naik dari lokasi kejadian. - Bernama/Kyodo