PM ucap selamat berentap buat Manchester United, ASEAN All-Stars

Iklan
Anwar berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada dan pengendali pasukan, Ruben Amorim. Turut hadir para pemain dan pengurusan pasukan ASEAN All-Stars diketuai Ketua Jurulatih Kim Sang Sik. Foto Bernama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berentap buat pasukan Manchester United dan ASEAN All-Stars yang akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Menerusi catatan di Facebooknya, Anwar yang merupakan peminat kelab Liga Perdana Inggeris itu juga berseloroh dengan menyatakan bahawa beliau berbelah bahagi untuk menyokong pasukan yang mana satu.

Iklan
Iklan

"Saya ucapkan selamat berentap buat kedua-dua pasukan yang akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Saya masih berfikir nak sokong siapa malam esok,” katanya.

Iklan

Menerusi catatan itu, Perdana Menteri berkata, beliau berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada dan pengendali pasukan, Ruben Amorim.

Beliau berkata, pertemuan itu turut dihadiri para pemain dan pengurusan pasukan ASEAN All-Stars diketuai Ketua Jurulatih Kim Sang Sik.

Iklan

Kali terakhir Manchester United beraksi di Malaysia ialah pada siri jelajah pramusim 2009 menewaskan Malaysia XI dua kali, 3-2 dan 2-0, masing-masing pada 18 dan 20 Julai di venue sama. - Bernama