MU tak ambil mudah, janji aksi terbaik
Iklan
Amorim (kiri) ketika sidang akhbar pra perlawanan pada Selasa. SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
MANCHESTER United tidak mengambil mudah setiap perlawanan yang dihadapi termasuk aksi Piala Cabaran Maybank menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.
Pengendali United, Ruben Amorim berkata, pasukan akan sentiasa memberikan aksi terbaik tidak kira perlawanan mana sekalipun selain menjadi medan untuk The Red Devils memperbaiki pasukan.
Iklan
Iklan
"Jadi ia amat penting. Kami mahu menghargai segala perhatian yang diberikan oleh semua pihak.
"Kami mahu memberikan persembahan yang baik. Masih banyak yang perlu dilakukan.
Iklan
"Seperti yang anda lihat musim ini, kami perlu memperbaiki pasukan. Jika ada mana-mana perlawanan yang perlu dihadapi, kami akan menggunakannya sebagai peluang untuk meningkatkan prestasi pasukan," katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan pada Selasa.
Dalam pada itu, Amorim mengesahkan semua pemain terbaik dibawanya untuk jelajah pramusim ini.
Iklan
"Hampir keseluruhan skuad berada di sini. Kami juga membawa pemain muda yang perlu memahami apa ertinya bermain untuk Manchester United.
"Jadi, ini adalah detik penting bagi kami untuk turun beraksi dalam perlawanan ini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>