Presiden Indonesia puji penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46

Iklan
Prabowo semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyifatkan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di ibu negara sebagai amat baik dan berjaya.

"Bagus. Very good, very good,” katanya kepada media selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Ini merupakan penampilan kali pertama Prabowo selaku ketua negara dalam perhimpuan serantau itu sejak memegang jawatan sebagai Presiden Indonesia pada Oktober lepas.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan mesyuarat berkaitan bermula Isnin, menghimpunkan pemimpin Asia Tenggara untuk perbincangan peringkat tinggi yang tertumpu kepada kerjasama serantau, integrasi ekonomi dan kestabilan geopolitik.

Iklan

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 turut mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung kalinya diadakan, untuk memperkukuh kerjasama antara rantau. - Bernama

Iklan