Kerja-kerja pembinaan di Stesen Rel Pantai Timur (ECRL) Kuala Terengganu giat dijalankan ketika tinjauan di sini hari ini.
Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) bakal menjana lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan menjelang fasa operasi dan penyelenggaraan (O&M) yang dijangka pada Januari 2027.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya yang mengawal selia Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjangkakan 1,800 tenaga kerja diperlukan apabila fasa pengoperasian projek dimulakan ketika itu.
Menurut beliau, sebagai persiapan, seramai 210 pelatih dari Malaysia akan menjalani latihan intensif di Liuzhou, China selama setahun.
Katanya, latihan itu melibatkan teori, praktikal serta pengalaman operasi rel untuk memastikan mereka bersedia menyertai industri rel moden.