'Saya nak bahagiakan orang lain’ - Wanita belanja minyak sempena hari lahir

Iklan
Anis sebak ramai mendoakan dirinya selepas memilih belanja minyak sempena hari lahir.

SHAH ALAM - Seorang wanita dari Sungai Petani, Kedah memilih untuk berkongsi rezeki sempena hari lahirnya dengan menaja petrol percuma kepada penunggang motosikal di sebuah stesen minyak di Padang Temusu.

Wanita berusia 23 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Anis berkata, sebelum ini dia pernah menyimpan hasrat untuk membantu orang lain, namun belum berkemampuan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur apabila berjaya menunaikan impiannya itu pada 20 Mei lalu selepas mempunyai pekerjaan tetap dan rezeki yang lebih.

"Semasa hari ulang tahun kelahiran itu, saya terfikir mahu lakukan sesuatu yang lain daripada biasa.

Iklan

"Jika sebelum ini saya hanya tunggu orang raikan saya, kali ini saya hendak bahagiakan orang lain pula," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurut Anis, tindakannya itu dibuat secara spontan dan dia terharu apabila ramai individu yang tidak dikenalinya mendoakan kebaikan buat dirinya.

Iklan

"Saya sebak sebab saya tidak ramai kawan. Apabila orang yang saya tidak kenali mendoakan saya, saya rasa terharu," ujarnya.

Anis turut merakamkan penghargaan kepada petugas stesen minyak kerana membantu menjayakan hasratnya dengan penuh amanah.

Setakat ini, video yang dimuat naik Anis menerusi akaun TikTok @nxssdna telah meraih 482,000 tontonan dan 66,700 tanda suka.

Menerusi video itu, Anis dilihat memaklumkan kepada petugas kaunter stesen minyak tentang niatnya untuk menaja petrol kepada penunggang motosikal yang mengisi minyak pada hari berkenaan.

Tindakannya itu menerima reaksi positif daripada orang ramai, termasuk beberapa penunggang motosikal yang mengucapkan terima kasih dan turut mendoakan kesejahteraannya.