Kenapa mudah terpengaruh dengan pseudopsikologi?
Iklan
Spiritualiti Islam berasaskan tauhid, taqwa, dan hubungan dengan ALLAH SWT melalui wahyu, doa serta ibadah, berpandukan syariat yang jelas. Foto hiasan
PERNAHKAH anda membaca satu ‘nasihat psikologi’ di media sosial dan berasa seolah-olah ia sangat tepat menggambarkan diri anda? Namun apabila difikirkan kembali, sebenarnya hampir sesiapa sahaja boleh berasa perkara yang sama.
Inilah antara ciri utama psikologi palsu atau pseudopsikologi—ia kelihatan seperti psikologi, namun hakikatnya tidak berasaskan kajian saintifik yang sahih.