'Bang, sebut ALLAH...abang kuat bang'

Iklan
Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki duduk di tepi longkang sambil menjerit kepada mangsa 'Bang, sebut bang...ALLAH...abang kuat bang, Lailahaillallah'.

ALOR GAJAH – Jeritan sayu seorang lelaki yang cuba menyedarkan seorang mangsa kemalangan yang tercampak ke dalam longkang di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ) dekat Kampung Sungai Petai di sini, petang Isnin, mengundang pilu orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Lelaki terbabit, dalam keadaan duduk di tepi longkang, menjerit kepada mangsa:"Bang, sebut bang...ALLAH...abang kuat bang, Lailahaillallah.”

Iklan
Iklan

Video yang memaparkan detik pilu itu dan tular di media sosial turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet.

Difahamkan, kejadian membabitkan sebuah kereta Perodua Kembara dan sebuah bas henti-henti.

Bas henti-henti yang terlibat kemalangan dengan Perodua Kembara menyebabkan seorang maut.

Iklan

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.21 petang.

"Enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah telah dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat.

Iklan

"Seorang lelaki berusia 22 tahun cedera, manakala seorang lagi mangsa berusia 23 tahun tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke hospital, sementara mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, pemandu bas berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.