Dihurung lipas, MBPP arah kompleks medan selera ditutup
Iklan
MBPP arah penutupan medan selera di Barat Daya Pulau Pinang selama 14 hari selepas dapur premis didapati dipenuhi lipas. Foto MBPP
GEORGE TOWN - Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan sebuah kompleks medan selera di daerah Barat Daya dekat sini ditutup 14 hari bermula Isnin selepas mendapati kawasan penyediaan makanan dan dapur premis itu dipenuhi lipas.
MBPP dalam kenyataan di Facebook memaklumkan menerusi Operasi Kebersihan Premis Makanan yang dijalankan itu, pihaknya mendapati tahap kebersihan premis berkenaan kurang memuaskan iaitu berada di bawah standard yang ditetapkan.
Iklan
Iklan
"Kompleks medan selera tersebut telah dikenakan tindakan penutupan premis serta-merta selama 14 hari berkuat kuasa hari ini hingga 8 Jun nanti mengikut Undang-Undang Kecil 38 (1), Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) MPPP 1991.
Kompleks medan selera tersebut telah dikenakan tindakan penutupan premis serta-merta selama 14 hari berkuat kuasa hari Isnin hingga 8 Jun nanti. Foto MBPP
Iklan
"Dalam operasi itu juga antara aspek yang diberi perhatian adalah syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan oleh MBPP seperti lesen perniagaan sah laku tempoh, kebersihan premis, pematuhan pengendali makanan dan sebagainya," menurut kenyataan itu.
Iklan
MBPP memaklumkan pihaknya sentiasa menitikberatkan kebersihan premis makanan bagi memastikan keterjaminan penyediaan makanan kepada pelanggan berada di tahap yang mencapai piawaian. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>