Perayaan Maasi Magam

Iklan
Penganut Hindu melepaskan lampu pelita ke laut sebagai tanda membayar nazar di Teluk Bahang malam tadi sempena sambutan perayaan Maasi Magam.

Lebih 30,000 penganut Hindu dari seluruh negara membanjiri Pantai Teluk Bahang untuk menyaksikan perayaan Maasi Magam iaitu perarakan membawa patung Dewi Sri Singamuga Kaliamman ke laut.

Perarakan itu turut disertai oleh penganut Hindu dari Singapura, Thailand dan Indonesia. - Foto Bernama