Enggan serah 30kg emas punca pemilik kedai emas diculik

Iklan
Klip video tular memaparkan kenderaan mangsa dihadang dan dia secara paksa dibawa menaiki Suzuki Swift berwarna kelabu.

KOTA BHARU - Keengganan seorang pemilik kedai emas menyerahkan 30 kilogram (kg) emas dipercayai menjadi motif utama dia diculik di Palekbang, Tumpat, Selasa lepas, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata, lelaki berusia 44 tahun itu enggan memenuhi permintaan terbabit sebelum diculik sekumpulan individu yang dipercayai berbuat demikian bagi tujuan mendapatkan wang.

Iklan
Iklan

"Wang itu tidak sempat diserahkan kerana mangsa dibebaskan pada hari sama susulan tindakan pantas polis melancarkan operasi besar-besaran termasuk sekatan jalan raya di seluruh negeri dan kawasan sempadan.

"Kemungkinan besar suspek menyedari operasi polis dan bertindak melepaskan mangsa," katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin.

Iklan

Mohd Yusoff berkata, difahamkan mangsa mengenali suspek dan usaha mengesan empat lelaki dipercayai terlbat dalam kejadian berkenaan sedang giat dijalankan.

Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 365.

Iklan

Sebelum ini, tular klip video memaparkan kenderaan mangsa dihadang dan dia secara paksa dibawa menaiki kereta Suzuki Swift berwarna kelabu. - Bernama