Bakat ragbi ramai, tetapi infrastruktur lemah
Iklan
Presiden wanita pertama KRS, Yi Wei. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
DI sebalik dominasi sukan popular seperti bola sepak dan badminton, ragbi tetap teguh membina tapaknya dalam landskap sukan tanah air. Di Selangor khususnya, usaha memperkasakan sukan ragbi kini digerakkan secara agresif oleh Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) di bawah teraju baharunya, Lim Yi Wei.
Sebagai presiden wanita pertama KRS, Yi Wei bukan hanya membawa perspektif kepimpinan politik, tetapi juga komitmen terhadap pembangunan akar umbi dan pembentukan ekosistem ragbi yang mampan. Beliau percaya ragbi bukan sekadar sukan, tetapi wadah membentuk jati diri, kerjaya dan solidariti komuniti.