SYDNEY - Dua lelaki dimasukkan ke hospital akibat cedera parah selepas terlibat dalam insiden tembakan di tempat awam di barat Sydney, lapor Xinhua.
Polis di negeri New South Wales (NSW), Australia dalam satu kenyataan pada petang Ahad berkata, perkhidmatan kecemasan menerima panggilan mengenai kejadian tembakan di Parramatta, kira-kira 20 kilometer ke barat pusat bandar Sydney, sekitar 5.10 petang waktu tempatan.