Jemaah cilik melakukan tawaf semasa menyertai Program Simulasi Haji Cilik Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Labuan 2025 di Masjid Jamek An-Nur hari ini.
Program itu merupakan inisiatif pendidikan yang dianjurkan oleh PASTI dengan kerjasama Tabung Haji Labuan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai ibadah haji, salah satu daripada lima rukun Islam.
Aktiviti tersebut mendapat penyertaan seramai 400 jemaah cilik dari lapan buah tadika PASTI di Pulau ini.
Program Simulasi Haji Cilik merupakan langkah proaktif dalam pendidikan awal kanak-kanak, membantu mereka mengenali dan menghargai ibadah haji sebagai salah satu rukun Islam yang penting. - Foto: Bernama