Yassin akan sertai teater muzikal bangsawan Senario 28 Jun ini

Iklan
Yassin ketika siaran langsung di TikTok RIFKARL OFFICIAL85 pada Ahad.

ANGGOTA kumpulan pelawak terkemuka negara, Senario, Yassin Yahya memaklumkan dirinya akan menyertai pementasan teater muzikal bangsawan iaitu Mimpi Tuanku @ Senariounion di Panggung Bangsawan Melaka (PBM), Melaka pada 28 Jun ini.

Yassin yang sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi penahanan di Jeddah, Arab Saudi sejak Oktober tahun lalu atas kesalahan berkaitan dadah turut menyatakan rasa rindu terhadap peminat-peminatnya.

Iklan
Iklan

Menurut Yassin, beliau kini masih berada di Arab Saudi dan akan pulang ke tanah air tidak lama lagi.

"Saya pun rindu kepada peminat-peminat. Kita jumpa di teater muzikal nanti ya. Kepada yang ingin mengetahui perkembangan saya, tunggulah kenyataan rasmi saya secara eksklusif nanti.

Iklan

"Sekarang masih di Arab Saudi, di sini saya tiada masa pegang telefon... nanti kerja lain tak buat,” katanya menerusi siaran langsung di TikTok RIFKARL OFFICIAL85 pada Ahad.

Siaran langsung yang bermula pada jam 2 petang itu menarik hampir 4,000 tontonan dan lebih 110,000 tanda suka dengan ramai warga maya menyatakan kerinduan untuk melihat Yassin kembali beraksi bersama rakan-rakan Senario.

Iklan

Pementasan Mimpi Tuanku @ Senariounion akan turut menampilkan barisan asal Senario iaitu Azlee, Wahid, Mazlan Pet Pet dan Saiful Apek.