Pasangan warga emas maut, kereta langgar belakang lori

Iklan
Keadaan kereta mangsa yang melanggar belakang sebuah lori di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bindu, Tongkang Pechah, Batu Pahat ada Sabtu.

BATU PAHAT - Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bindu, Tongkang Pechah di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar jam 9.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Kemalangan dipercayai berlaku semasa sebuah lori dipandu seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun dari arah Bindu menghala ke arah Tongkang Pechah.

"Apabila sampai di tempat kejadian iaitu semasa sedang berhenti di lampu isyarat merah tiba-tiba sebuah kereta dari arah belakang telah melanggar bahagian belakang lori berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Mengulas lanjut, Shahrulanuar Mushaddat memaklumkan, kemalangan tersebut menyebabkan pemandu kereta iaitu seorang lelaki tempatan berumur 69 tahun cedera parah pada beberapa organ dalaman.

Isterinya kata beliau iaitu penumpang yang juga warga tempatan berumur berusia 75 tahun pula mengalami kecederaan di kepala, rusuk kanan dan kaki kanan.

Iklan

Menurutnya, mangsa, Mazalan Balia disahkan meninggal dunia jam 2 tengah hari dan isterinya, Pauziyah Radin Ahmad pula meninggal dunia pukul 1.45 petang semasa kedua-duanya sedang dalam rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

Siasatan Polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.