Beranikah Pas?
Iklan
Abdul Hadi telah memegang jawatan presiden selama 23 tahun, merupakan Presiden Pas paling lama dalam sejarah.
SELEPAS Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melakukan pemilihan kepimpinan baharu sebelum memasuki Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), mata pemerhati kini tertumpu kepada Parti Islam se-Malaysia (Pas) yang akan mengadakan pemilihan pada September ini.
Dalam pemilihan Bersatu yang agak suram, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘diatur’ menjadi Timbalan Presiden Bersatu menggantikan Datuk Seri Faizal Azumu.