Usah beri akses media sosial kepada kanak-kanak - Pakar
Iklan
Pakar gesa larangan akses media sosial kepada kanak-kanak bawah 18 tahun bagi elak eksploitasi seksual.
SHAH ALAM - Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak sepatutnya diberi akses kepada akaun media sosial kerana golongan itu mudah terdedah kepada eksploitasi dan pengaruh negatif, termasuk gangguan seksual.
Profesor Undang-Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, kanak-kanak merupakan golongan yang fitrahnya ingin tahu dan cenderung merapati individu berpengaruh.